Wednesday, 16 December 2015

Kamal Adli: Rezeki Murah, Hikmah Bercinta Dengan Emma Maembong


Kamal Adli dan Emma Maembong belum ada rancangan berkahwin.

Pelakon Kamal Adli memberitahu rezekinya lebih murah sejak menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Emma Maembong.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 29, berkata, biarpun dikecam kerana terkait kontroversi perpisahan aktres tersebut dengan pelawak Zizan Razak, namun dia mengakui menerima hikmah lain.

"Sejak berkawan dengan Emma Maembong memang nama saya dihimpit kontroversi satu persatu, selain dikecam teruk di laman sosial dan digugurkan produksi dari sebuah filem.

"Walaupun agak tertekan dengan perkara itu, ada hikmah lain yang saya nampak iaitu rezeki saya tidak putus-putus. Saya akui banyak tawaran yang saya terima antaranya jadi duta produk minuman Escola," ujarnya kepada mStar Online.



Kamal kini bercinta dengan Emma Maembong.

Dalam pada itu, Kamal berkata, drama lakonanya dengan Emma Jodoh Sebelah Pintu yang ditayangkan pada Julai lalu di HyppTV juga mendapat sambutan tinggi.

Katanya, biarpun masih ramai yang tidak menyukai mereka sebagai pasangan kekasih, namun masih mahu menyokong lakonan mereka di televisyen.

"Saya sedar masih ramai yang tidak suka hubungan kami sebab itu juga saya kurang muat naik foto di laman sosial. Tapi disebabkan perkara itu juga mungkin membuatkan drama kami mendapat rating tinggi di HyppTV.

"Mereka tidak suka tetapi mahu juga menonton lakonan kami," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang sejauh mana perkembangan hubungannya dengan Emma, Kamal berkata, mereka belum ada perancangan untuk ke peringkat seterusnya.

"Saya memang ingin berkahwin kerana umur pun sudah 29 tahun, tapi biarlah saya rasa betul-betul stabil dahulu.

"Buat masa ini belum ada perancangan apa-apa, Insya-Allah kalau ada jodoh tidak kemana," ujarnya.

- Kamal Adli: Rezeki Murah, Hikmah Bercinta Dengan Emma Maembong

SHARING GOOD

0 Comment to "Kamal Adli: Rezeki Murah, Hikmah Bercinta Dengan Emma Maembong"

Post a Comment