Wednesday 3 February 2016

Afiq mengaku putus, Miera kata tiada cinta


Miera Leyana menyifatkan dirinya masih muda untuk bercinta.

KECOH dunia hiburan tempatan apabila pelakon Afiq Muiz mendedahkan dia sedang bercinta dengan pelakon Miera Leyana baru-baru ini.

Bagaimanapun, apabila ditanya pula kepada Miera atau nama sebenarnya, Miera Leyana Kasmi, 23, wanita itu menafikan pernah bercinta dengan Afiq. Katanya yang mula akrab dengan Afiq sewaktu terbabit dalam drama Memori Cinta Suraya, dia hanya berkawan rapat dengan jejaka berusia 24 tahun itu.

Belum reda persoalan hubungan cinta mereka yang masih menjadi tanda tanya, Afiq atau nama lengkapnya, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah mendedahkan kepada Kosmo! bahawa hubungan cinta di antara dirinya dan Miera memang pernah wujud, namun berakhir sekitar minggu lalu.


Artis Meletop!: Maaf bertanya, pastinya Afiq sendiri sudah sedia maklum tentang kontroversi kenyataan cinta anda. Anda mendakwa bercinta dengan Miera, namun apabila ditanya kepadanya, dia menafikan pernah bercinta dengan anda. Bagaimanakah anda melihat situasi ini?

AFIQ MUIZ: Sebenarnya, saya sudah tidak mahu memberi sebarang komen tentang hal tersebut. Ia sudah berakhir. Hubungan saya dan dia (Miera) sudah berakhir pada hari yang sama saya beri komen tentang hubungan cinta itu.

Apa yang menyebabkan hubungan anda dan Miera berakhir? Adakah disebabkan anda terlepas cakap tentang percintaan kalian kepada pihak media lantas membuatkan Miera tidak senang mendengar perkara itu?

Puncanya biarlah saya sendiri yang tahu. Saya tidak mahu bercakap lebih tentangnya kerana takut disalah erti pula nanti. Saya dengan Miera kini memang sudah tiada apa-apa hubungan istimewa melainkan kawan sahaja. Jadi, saya tidak mahu lagi dibelenggu persoalan yang sama selepas ini.

Barangkali anda sendiri sedia maklum Miera menafikan hubungan cinta kalian. Apa komen?

Keadaan sudah semakin teruk apabila saya buka mulut tentang hubungan kami tempoh hari. Saya pun sudah malas memberikan komen tentang hal ini. Kalau masyarakat ingin menggelarkan saya sebagai syok sendiri, biarkan sahaja. Banyak lagi hal penting yang ingin diberi fokus selepas ini bukan hanya berkenaan cinta sahaja.

Anda mendakwa sudah putus cinta dengan Miera. Bagaimana pula hubungan dengannya selepas ini sebagai kawan? Jika digandingkan dalam satu projek lakonan selepas ini, adakah anda sanggup menerimanya?

Ya, saya dan dia hanya kawan biasa selepas ini. Seperti yang saya katakan tadi, banyak lagi benda yang perlu diutamakan selepas ini. Saya masih muda, Miera pun masih muda. Jadi, untuk tidak memanjangkan cerita, lebih baik saya katakan dia hanya seorang kawan. Kalau digandingkan dalam lakonan selepas ini, saya tidak punya masalah. Saya akan bersikap profesional dan yakin dia juga begitu.

- Afiq mengaku putus, Miera kata tiada cinta

SHARING GOOD

0 Comment to "Afiq mengaku putus, Miera kata tiada cinta"

Post a Comment