Wednesday, 10 February 2016

Bunkface rancang konsert 10 tahun


BUNKFACE

Pejam celik pejam celik, sudah 10 tahun rupa-rupanya usia kumpulan punk rock Bunkface kini. Begitu pantas masa berlalu, daripada ahli-ahlinya iaitu Sam, Paan dan Youk muda remaja hingga sudah ada yang bergelar suami orang.

Makanya, untuk meraikan ulang tahun ke-10 mereka, baru-baru ini anggota kumpulan Bunkface ada bercerita tentang hasrat untuk mengadakan konsert istimewa.

Namun setakat ini, perancangan tersebut masih pada peringkat awal. Bagaimanapun, jika segalanya berjalan lancar konsert berkenaan mahu dibuat sebelum bulan Ramadan nanti.


Kata geng Bunkface, konsert berkenaan sebagai hadiah kepada peminat setia yang menyokong mereka zaman bergelar band indie lagi.

Kalau tengok kalendar, Ramadan 2016 akan jatuh pada Jun, maknanya sudah tinggal lebih kurang tiga bulan lalu perancangan itu jadi realiti.

Mizz Lahar doakan impian tiga jejaka Bunkface dipermudahkan dan pihak-pihak yang mampu, sudi-sudikanlah menghulurkan tajaan pada mereka.

Siapa lagi yang hendak menyokong industri seni jika bukan kita. Mizz Lahar janji akan tolong promosi konsert Bunkface dengan ikhlas, tanpa minta duit satu sen pun. Percayalah! bak kata Datuk Siti Nurhaliza!

Mizz Lahar: Tak sabar mahu hadir ke Konsert 5 Divo pada 13 Februari ini, mahu berjumpa pujaan hati Afgan si lesung pipit dan si kacak hitam manis, Taufik Batisah.

- Bunkface rancang konsert 10 tahun

SHARING GOOD

0 Comment to "Bunkface rancang konsert 10 tahun"

Post a Comment