BIARPUN filem Bollywood, Dilwale menjadi fenomena luar biasa di negara ini, namun ia masih belum layak digelar karya yang berjaya memandangkan gagal meraih kutipan yang tinggi keseluruhan pawagam.
Lebih parah, apabila Dilwale dilihat lebih banyak menimbulkan kontroversi berbanding pujian daripada penontonnya.
Situasi itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat produser dan pelakon utamanya, Shahrukh Khan (SRK) untuk bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.
“SRK tidak hanya berdiam diri, malah memulangkan 50 peratus bayaran sebagai ganti rugi filem tersebut.
“Tindakan itu memperlihatkan SRK seorang pelakon dan produser yang bertanggungjawab,” kata sumber yang juga merupakan pemerhati filem, Komal Nahata.
0 Comment to "Dilwale gagal, Shahrukh Khan tidak lepas tangan"
Post a Comment