Penyanyi lagu Knock Knock, Elizabeth Tan, apabila dilihat persis seorang model dan mempunyai aura untuk menjadi seorang ratu cantik. Perkara tersebut tidak dinafikan penyanyi ini kerana dari kecil dia sememangnya meminati untuk menyertai pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe dan Miss World.
“Saya memang teringin untuk menyertai pertandingan ratu cantik sejak dahulu lagi, tetapi saya tidak mempunyai tinggi yang cukup dan keyakinan diri yang agak kurang membuatkan saya takut untuk sertai pertandingan sebegitu,” katanya yang ditemui di Majlis Gong Xi Raya anjuran Paranormal Talent baru-baru ini.
Tambahnya lagi, pertandingan ratu cantik sedemikian memerlukan peserta untuk berpakaian bikini dan membuatkan penyanyi ini terpaksa melupakan hasrat tersebut untuk menyertainya. Katanya lagi, dia perlu menjaga sensitiviti peminat-peminat khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
“Pertandingan ratu cantik memerlukan seseorang peserta untuk memakai berbikini dan sekarang ini saya sudah mempunyai peminat-peminat di kalangan orang melayu yang beragama Islam, jadi saya perlu menjaga sensitiviti itu,”ujarnya mengakhiri perbualan.
0 Comment to "Elizabeth Tan Idam Mahu Sertai Ratu Cantik"
Post a Comment