Sunday, 7 February 2016

Mariah Carey enggan ada anak lagi


Mariah dan Packer.

PENYANYI ternama, Mariah Carey memberitahu bahawa dia tidak mahu mempunyai cahaya mata lagi bersama tunangnya, James Packer.

Katanya, tindakan itu dibuat bagi menjaga hati anak kembarnya, Moroccan dan Monroe yang berusia empat tahun hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya, Nick Cannon.


“Tidak (untuk tambah anak), mereka (anak kembar) merupakan bayi saya.

“Saya dapat rasakan mereka akan cemburu sekiranya saya ada anak lain,” katanya seperti yang dilapor portal Femalefirst.com.

Bintang berusia 45 tahun itu mengikat tali pertunangan dengan Packer, 45, pada bulan lepas selepas dikatakan menjalin hubungan sekitar pertengahan tahun lalu.

- Mariah Carey enggan ada anak lagi

SHARING GOOD

0 Comment to "Mariah Carey enggan ada anak lagi"

Post a Comment