Tuesday 2 February 2016

Penjenamaan semula Resh


Resh

APABILA Resh membuat keputusan untuk mengubah laluan muziknya, iaitu daripada genre fusion kepada R&B, ramai yang berpendapat bahawa ia adalah satu perkara yang agak merugikan.

Mungkin penggemar kepada penyanyi kelahiran Melaka itu terlalu terikat dengan karya-karya lama miliknya, namun, Resh membuktikan bahawa transisi baharunya itu kukuh dengan kelahiran Who Am I.

Diterbitkan oleh penerbit antarabangsa terkemuka, Jim Beanz, Resh berjaya mengangkat kembali keaslian muzik R&B menerusi percubaan sulungnya ini.


Half The Man yang diangkat sebagai single pertamanya jelas memperdengarkan nuansa berbeza Resh dalam melagukan lagu berentak moden.

Begitu juga dengan Can’t Live Without Ya, Live For The Lights dan Trouble, Resh cuba lari daripada kebiasaan dengan mengekalkan dinamik vokalnya sepanjang menyanyikan dua lagu berkenaan.

Secara keseluruhan, percubaan Resh dalam menjenamakan semula dirinya sebagai penyanyi R&B dilihat berjaya.

Namun, enam buah lagu yang dimuatkan dalam Who Am I dirasakan tidak cukup banyak untuk menceritakan secara keseluruhan transisinya sebagai anak seni.

- Penjenamaan semula Resh

SHARING GOOD

0 Comment to "Penjenamaan semula Resh"

Post a Comment