Wednesday 3 February 2016

Protege Hazama juara battle pertama Mentor Milenia


PROTEGE Hazama, Mya diumum juara 'battle' pertama Mentor Milenia menewaskan tujuh pesaing lain dalam konsert mingguan ketiga, minggu lalu.

Membawakan lagu Ikut Rentakku nyanyian asal Jaclyn Victor, Mya memberikan persembahan bertenaga apabila protege berusia 20 tahun ini turut menari.

Mya menerima wang tunai sebanyak RM1,000.

Manakala protege Black, Wanie membuka tirai Mentor Milenia melalui lagu Hanya Satu nyanyian asal Nora yang disampaikan dengan baik meskipun berdepan masalah kesihatan.

Seterusnya, Fareez seorang lagi protege Hazama cuba menonjolkan elemen seksi dalam persembahannya melalui lagu Wanita Seluruh Dunia yang dilihat mentornya sendiri sebagai ‘on-off’ pada awal persembahannya.

Protege Akim, Han pula cuba menampil nafas baharu dengan persembahan ala 'broadway' bagi lagu Kasih Latifah yang disifatkan para mentor sebagai sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Manakala protege Azlan, Zetty memukau penonton ketika menyanyikan lagu Putus Terpaksa (Ziana Zain) yang dinilai para mentor ia berjaya disampaikan tanpa meniru penyanyi asal.


Protege Azlan seorang lagi, Nuri mencuri tumpuan ketika menyampaikan Mengapa nyanyian asal Nicky Astria apabila bermain piano sambil menyanyi pada awal persembahannya.

Manakala, protege Akim, Ebba ditegur penaja utama, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida melalui lagu Keliru yang diubahsuai susunan muzik.

Selain itu, suasana hiba menyelubungi penonton yang hadir ke Sri Pentas 2 apabila pengacara, Marsha Milan Londoh sebak ketika menyebut tentang protege Black, Qody yang baru sahaja kehilangan ibu saudaranya yang menjaganya sejak kecil.

Qody juga dilihat cuba menahan sebak ketika memberitahu penonton bahawa dia sempat menghubungi Allahyarham seminggu sebelum pemergiannya.

Marsha mengajak penonton menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Qody menyampaikan Pada Syurga Di Wajahmu nyanyian asal Nash.

- Protege Hazama juara battle pertama Mentor Milenia

SHARING GOOD

0 Comment to "Protege Hazama juara battle pertama Mentor Milenia"

Post a Comment