Friday 25 March 2016

Pie belum meninggal dunia


Keadaan Pie ketika ditemui wartawan Sinar Harian di Hospital Kepala Batas.

BERITA yang tersebar di media sosial mengenai kematian pelawak veteran, Shafiee Jaafar, 85,atau lebih dikenali sebagai Pie petang semalam adalah tidak benar.

Memetik laporan Metro Online, sahabat baik Pie, Omar Hashim telah mengesahkan bahawa berita kematian Pie itu tidak benar selepas mendapat maklumat daripada anak perempuan Pie sendiri.

"Saya telah menghubungi anak perempuan Pie yang tinggal di Teluk Bahang 11 malam tadi dan dimaklumkan keadaan bapanya baik biarpun agak kurang sihat sedikit ketika ini," ujarnya.


Katanya, perbuatan itu perlu dihentikan segera kerana cuba mengaibkan keluarga pelawak yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Anak Mami, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Nana Tanjung.

"Penyebaran berita seumpama ini bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini pernah tersebar berita palsu yang menyatakan Pie meninggal dunia," katanya.

Omar berkata, dia terkejut kerana nama sebenar Pie adalah Shafiee Jaafar bukannya Shafie Hashim seperti yang dihebahkan.

Malah, individu yang dipercayai menyebarkan berita berkenaan menerusi WhatsApp turut mengakui tersilap maklumat.

Pada Ogos tahun lalu, Pie pernah dikatakan meninggal dunia sedangkan dia dirawat di Hospital Kepala Batas akibat kesejukan melampau dan jangkitan kuman pada paru-paru.

- Pie belum meninggal dunia

SHARING GOOD

0 Comment to "Pie belum meninggal dunia"

Post a Comment