Selepas sekian lama berteka teki dengan para peminat tentang hubungan mereka berdua, akhirnya Akim Ahmad sendiri tampil memberikan penjelasan tentang status terkini hubungannya bersama teman tapi mesra, Stacy yang sudah berlangsung sekian lama.
Menerusi temubual bersama radio Era FM awal hari ini, Akim Ahmad mengakui yang beliau dapat merasakan perasaan cinta terhadap Stacy dan mereka kini merupakan pasangan kekasih namun tidak mendedahkan sejak bila.
“Saya dengan Stacy memang sangat rapat dan saya boleh katakan perasaan itu adalah perasaan cinta. Alhamdulillah, perasaan itu saya dapat rasakan dan dia pun dapat rasakan dan semoga hubungan kami dapat restu dari semua orang dan Stacy akan terbuka hati satu hari nanti”
Adakah terbuka hati untuk berkahwin kelak? Siapa tahu. Kita daoakan semoga pasangan Akim Ahmad dan Stacy akan sampai ke jinjang pelamin tidak lama lagi dan berita ini disambut baik oleh para peminat mereka
- Akim Ahmad Akui Cintakan Stacy
0 Comment to "Akim Ahmad Akui Cintakan Stacy"
Post a Comment