Nora Danish buat dua laporan polis berhubung video yang mengeksploitasi wajahnya.
Pelakon, Nora Danish pada petang Isnin membuat dua laporan polis susulan penyebaran video yang mengeksploitasi wajahnya, dipercayai didalangi kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Malaysia.
Nora menerusi aplikasi Whatsapp kepada mStar Online memberitahu, dua laporan berasingan itu dibuat di Balai Polis Taman Dagang, Ampang dan Balai Polis Wangsa Maju dekat sini.
Bagaimanapun, Nora enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut.
"Tidak pasti apakah tujuan mereka dan apa yang diperkatakan dalam video berkenaan tiada kena mengena dengan saya, selain mereka hanya memegang gambar saya.
"Dua laporan polis sudah dibuat dan selebihnya saya enggan mengulas lanjut," katanya.
Menerusi video berdurasi kira-kira seminit itu, kelihatan empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka mengancam untuk menyerang mahkamah pada 18 Februari ini pada pukul 11.30 malam.
Mereka memberitahu akan membakar bunga api sebagai bantahan terhadap sistem keadilan negara.
Dalam pada itu, Nora berkata, dia mengetahui gambarnya dieksplotasi oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi kenalannya dan mengakui terkejut apabila melihat gambarnya digunakan bagi mengadakan bantahan tersebut.
"Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi. Saya sendiri sudah menonton video berkenaan," katanya.
- Video Ugut Serang Mahkamah: Nora Danish Lapor Polis
0 Comment to "Video Ugut Serang Mahkamah: Nora Danish Lapor Polis"
Post a Comment