Monday 23 February 2015

Wanita Di Larang Berpakaian Seksi Di Terengganu





KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu minta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengisi segera kekosongan jawatan pegawai dan anggota penguatkuasa wanita.



Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kekosongan jawatan penguatkuasa wanita perlu diisi segera bagi membolehkan rondaan dan tindakan secara menyeluruh terhadap umat Islam yang ponteng solat Jumaat.



Katanya, pegawai dan anggota penguatkuasa wanita juga boleh melakukan pemeriksaan dan soal siasat ke atas remaja wanita yang berpakaian seksi dan mencolok mata sehingga boleh mendatangkan keghairahan orang ramai.





"Selepas kerajaan negeri menguatkuasakan penutupan semua pasar raya selama dua jam mulai jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap Jumaat, tindakan ke atas golongan remaja lelaki yang ponteng solat Jumaat sukar dilakukan.



"Pegawai dan anggota penguatkuasa lelaki yang mengadakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasa lain juga sukar untuk mengambil tindakan dan pemeriksaan ke atas wanita berpakaian seksi dan mencolok mata serta lelaki berlagak wanita," katanya kepada BH.



Ahmad Razif berkata, JHEAT menghadapi kesukaran untuk menguatkuasakan peraturan itu berikutan masalah kekangan pegawai dan anggota penguatkuasa wanita.



"JHEAT tidak boleh selamanya bergantung kepada pegawai dan anggota penguatkuasa wanita daripada agensi lain kerana mereka juga perlu melaksanakan tugas diarahkan jabatan mereka.



"Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda sudah diminta mengenal pasti jumlah kekosongan jawatan yang diperlukan semua jabatan dan agensi kerajaan negeri," katanya. - Wanita Di Larang Berpakaian Seksi Di Terengganu

SHARING GOOD

0 Comment to "Wanita Di Larang Berpakaian Seksi Di Terengganu"

Post a Comment