Saturday, 14 March 2015

Farahdhiya cerewet pilih suami





SELEPAS dua tahun hubungan percintaan tidak menjadi, penyanyi dan pelakon jelita, Farahdhiya mengakui dirinya semakin cerewet dalam memilih teman hidup.



“Sejak awal lagi saya seorang yang sangat berahsia soal peribadi lebih-lebih lagi bila ia mengaitkan soal cinta melainkan bila saya sudah bersedia untuk berkahwin barulah saya akan berkongsi perkara ini.



“Sekarang saya masih solo dan buat masa ini saya masih belum bertemu dengan lelaki yang bersesuaian.



“Pengalaman lalu membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan,” ujarnya ketika di temui pada majlis sidang media drama Super Game Boy, kelmarin.







Ditanya mengenai cici-ciri jejaka pilihan hatinya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bertakhta Di Hati ini memberitahu dirinya seorang yang sukar untuk jatuh cinta melainkan lelaki itu menepati cita rasanya.



“Bila saya solo ada juga kawan-kawan cuba kenalkan saya dengan beberapa lelaki dan perkara pertama yang saya buat adalah melihat dulu gambar lelaki itu.



“Kalau saya suka baru saya bersetuju untuk berjumpa. Kalau nak cakap fasal ciri-ciri, saya suka pada lelaki Melayu, tinggi, berkulit gelap dan kacak.



“Tapi ciri-ciri itu bukanlah perkara utama yang saya cari tapi yang penting biarlah lelaki itu seorang yang pandai menjaga diri.



“Jika saya jumpa dengan orang yang benar-benar sesuai, saya sudah bersedia untuk terus berkahwin,” katanya sambil tertawa.



Dalam perkembangan lain, Farahdhiya bakal muncul menerusi drama Super Game Boy yang bakal ditayangkan mulai 21 Mac ini, jam 11 pagi menerusi saluran Astro Ceria (811) dan Maya HD.





- Farahdhiya cerewet pilih suami

SHARING GOOD

0 Comment to "Farahdhiya cerewet pilih suami"

Post a Comment