Saturday, 14 March 2015

Tegar diugut gambar bogel





SEKEPING gambar selfie Tegar tidur bersama Arif Dollah sewaktu masih bekerjasama tersebar di internet.



Pasport disembunyikan, instrumen diambil, kembali mengemis dan terkini mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual daripada bekas pengurusnya, Mohammad Arif Dollah sejak November 2014 sehingga Januari lalu menjadikan Tegar sebagai selebriti paling hangat masa kini.



Pada Februari lalu Tegar atau nama sebenarnya, Tegar Septian, 13, didakwa kembali mengemis kerana tidak boleh menerima undangan persembahan di Malaysia selepas Arif melarikan pasport dan alat muzik ukulelenya.



Selang sebulan, penyanyi itu kembali membuat dakwaan terhadap lelaki kelahiran Singapura itu.



Arif, 30, didakwa memaksanya tidur hanya dengan memakai seluar dalam serta mahu mandi bersamanya.



Bertemu pihak media Malaysia buat pertama kalinya selepas mengejutkan dunia hiburan dengan kisah-kisah sensasi tersebut, penyanyi yang berasal dari Subang, Indonesia itu menegaskan, semua dakwaan yang dibuatnya berasas diikuti dengan bukti kukuh.



Dia yang pertama kali mengadakan persembahan di Malaysia untuk Muzika Nusantara di Istana Budaya selepas sebulan tidak dapat keluar dari negaranya hadir bersama Pengarah Urusan Harpa Records, Handoko Kusumo dan bapa tirinya, Jusup Supandi, 33, menjelaskan satu persatu kontroversi dirinya.







Artis Meletop!: Bagaimanakah keadaan Tegar selepas membuat pengakuan diganggu secara seksual oleh bekas pengurus, Arif?



Tegar: Alhamdulillah, walaupun masih terkejut, keadaan saya baik. Saya mengambil masa yang lama untuk mendedahkan gangguan seksual itu kerana pada mulanya diselubungi rasa malu. Bagaimanapun, selepas mendapat nasihat daripada Pengarah Urusan Harpa Records, Handoko Kusumo dan keluarga, saya megambil keputusan mendedahkan kisah ini sekali gus memberi kekuatan untuk membuat laporan kepada pihak Komisi Nasional Perlindungan Anak dan pihak polis di Jakarta. Selepas laporan polis di Jakarta siap sekitar minggu hadapan, saya akan buat satu laporan polis di Kuala Lumpur pula kerana kejadian itu berlaku di sini. Kini, selepas menceritakan perkara sebenar hati saya rasa lega.



Adakah anda tidak mereka cerita tentang gangguan secara seksual itu?



Ya, semua yang saya katakan pada sidang akhbar di Jakarta tempoh hari adalah benar. Saya diminta memakai seluar dalam sahaja ketika tidur dan dia juga melakukan hal yang sama (tidur memakai seluar dalam). Apabila tidur, dia berada dekat dengan bahagian belakang badan saya, selain mengajak saya mandi bersama-sama.





Tegar hadir ke Malaysia buat pertama kalinya selepas memperoleh pasport baharu bersama bapa tirinya, Jusup Supandi. Dia terbabit dengan persembahan Muzika Nusantara di Istana Budaya selama dua hari bermula hari ini sehingga esok.



Apakah perkara lain yang turut dilakukan oleh Arif sepanjang dua bulan berada di Malaysia?



Memang benar dia ada membawa saya bermain motocross tetapi dia juga pernah membawa saya ke kelab malam sekitar kawasan Bukit Bintang. Saya juga tidak mahu berbohong, dia mengajar saya untuk minum arak dan ada saksi melihat perkara itu.



Benarkah Arif membawa lari wang anda?



Setiap bulan Arif akan mengirim wang berjumlah RM1, 400 (5 juta rupiah) kepada ibu saya di kampung. Namun, sewaktu saya di Malaysia, ibu terkejut apabila Arif gagal mengirim wang kepadanya seperti biasa sebaliknya memberitahu, dia terpaksa meminjam wang tersebut terlebih dulu kerana perbelanjaan di Malaysia agak tinggi. Dia berjanji untuk pulangkan wang tersebut tetapi sehingga hari ini (Arif) gagal berbuat demikian. Saya hanya dapat merasa wang sebanyak RM140 (500 ribu rupiah) sekitar pertengahan Januari lalu.



Pada saat anda mendedahkan tentang kembali mengemis sehingga menerima gangguan seksual, sudah ada mula yang sangsi adakah sebenarnya cerita yang dijaja ini benar atau sekadar rekaan semata-mata?



Saya tidak berbohong. Ibu saya memang kembali mengemis kerana tidak punya duit untuk makan dan Arif memang melakukan gangguan seksual terhadap saya.



Bagaimanakah anda ke Malaysia jika pasport kini berada dalam tangan Arif?



Sebaik saya dipulangkan kepada keluarga, memang Arif mengambil semua barangan dan juga pasport saya. Dia juga berpesan, saya tidak akan dapat keluar dari Indonesia kerana pasport berada dalam tangannya. Bagaimanapun, akhirnya saya dapat membuat pasport yang baharu untuk ke Malaysia dan turut serta dalam konsert Muzika Nusantara yang berlangsung selama dua hari di Istana Budaya.



Pernahkah pihak anda cuba untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik?



Handoko: Sewaktu dia membawa lari Tegar dan menipu wangnya, saya ada hubunginya minta berbincang secara baik termasuk kes gangguan seksual yang berlaku. Namun, Arif membawa lari Tegar sehingga saya terpaksa datang ke Malaysia untuk mencarinya. Selepas dia pulangkan Tegar dengan membawa lari pasportnya pada bulan lalu, Arif ada hubungi ibunya, mengapa membuat cerita aib tentang dirinya. Dia juga mengugut jika perkara itu diperbesarkan (membawa lari wang dan gangguan seksual) dia akan menyebarkan gambar bogel Tegar. Jika gambar bogel penyanyi itu didedahkan, menurut undang-undang Indonesia, orang yang salah ialah Arif kerana Tegar masih di bawah umur.





- Tegar diugut gambar bogel

SHARING GOOD

0 Comment to "Tegar diugut gambar bogel"

Post a Comment