Friday 10 April 2015

Abam Bocey Terima Tawaran Kevin, Mahu Kehidupan Yang Lebih Sihat





Abam Bocey menjelaskan bahawa laungan slogan Gemuk Is Awesome merupakan luahan perasaannya apabila fizikal dirinya seringkali dianggap sebagai faktor yang seringkali dilihat kurang berjaya. Bangkit dengan semangat tersebut, Abam juga sebenarnya mahu menurunkan berat badan.



“Sejujurnya, memang itulah yang saya mahu sampaikan kepada masyarakat. Sebelum ini, saya sentiasa dipandang rendah oleh sesetengah pihak yang mempersoalkan apa yang boleh saya lakukan dengan badan begini,” katanya kepada akhbar Kosmo!






Sementara itu dalam masa yang sama, menjelaskan dia tidak akan menolak tawaran yang dikemukan oleh Kevin Zahri yang mahu membantu dirinya untuk mendapatkan gaya hidup yang lebih sihat dan rupanya Abam juga turut menyimpan hasrat untuk menurunkan berat badan.



“Saya tidak akan menolak. Sejujurnya, sejak tiga bulan lalu, saya sedang berusaha untuk menurunkan berat badan dengan mengawal pengambilan makanan. Saya juga sudah ‘berehat’ memakan nasi dalam tempoh waktu tersebut.



“Kali terakhir saya timbang berat pada tahun lalu ialah 192 kilogram. Kalau boleh, saya mahu mengurangkan berat sebanyak 20 hingga 30 kilogram menjadikan berat hanya 120 kilogram sahaja. Seperti yang saya beritahu, saya bukan mahu kurus sangat, sebaliknya lebih mementingkan kesihatan,” jelas pelawak ini lagi.






- Abam Bocey Terima Tawaran Kevin, Mahu Kehidupan Yang Lebih Sihat

SHARING GOOD

0 Comment to "Abam Bocey Terima Tawaran Kevin, Mahu Kehidupan Yang Lebih Sihat"

Post a Comment