Wednesday 15 April 2015

Hafiz Suip: Mewarnakan rambut perkara biasa





TAMPIL dengan imej rambut berwarna, Hafiz mengakui, dia menerima pelbagai tohmahan daripada ramai pihak yang kurang senang dengan penampilan terbaharunya itu.



TAMPIL dengan imej terbaharu mewarnakan rambut kepada ash grey brown, penyanyi po­pular Hafiz Suip menga­kui dirinya me­nerima banyak tohmahan dan kritikan negatif daripada ramai pihak yang kurang senang dengan penampilan terbaharu itu.



Menurut Hafiz, 25, dia hanya merancang untuk me­nukar penggayaan rambutnya kepada cara lain ke­rana sudah berasa bosan dengan imej sedia ada serta mahu mencuba sesuatu yang baharu. Namun, kesi­lapan kali pertama yang menyebabkan rambutnya bertukar menjadi merah memaksa dia untuk menukar warna lain.



Perkara tersebut membuatkan penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu terpaksa mendapatkan khidmat penggaya rambut di sebuah salun di Subang untuk menukar warna rambutnya dengan warna pilihan.



Meskipun mendapat kecaman daripada segelintir pihak, namun pelantun lagu Matahari itu ti­­dak mahu menjadikan isu mewarnakan rambut sebagai suatu perkara yang sangat besar untuk diperkatakan.



Malah, tuturnya, dia tahu membezakan perkara baik atau buruk sebelum melakukan sesuatu.



Ikuti temu bual Kosmo! yang sempat berte­mu Hafiz usai majlis pelancaran video klip single terbaharunya Untuk Cinta di RedBox The Gardens, Kuala Lumpur baru-baru ini.






Artis Meletop!: Bilakah Hafiz mengambil keputusan untuk mewarnakan rambut?



HAFIZ: Sekitar sebulan lalu di Sarawak. Pada awalnya saya ke kedai gunting rambut kerana mahu menukar stail rambut asal kepada sesuatu yang unik. Namun, ketika di kedai gunting rambut, saya pening memikirkan gaya apa yang sesuai memandangkan tidak mahu menyim­pan rambut panjang. Rambut panjang memerlukan penjagaan teliti tambahan pula jenis rambut saya kerin­ting.



Kemudian terdetik idea untuk mewarnakan rambut. Pada mulanya saya memilih warna lain tetapi hasilnya sa­ngat mengejutkan apabila ia bertukar menjadi warna merah (ketawa).



Sekembalinya ke Kuala Lum­pur, pekerja di sana berkata, warna rambut saya tidak boleh ditukarkan kepada warna lain kerana rambut orang Asia memang asalnya berwarna hitam. Caranya hanya satu, saya diminta untuk membilas (bleach) rambut dulu sebelum diwarnakan semula dengan warna sedia ada sekarang.



Apa pula komen anda mengenai kritikan daripada sesetengah pi­hak mengenai imej terbaharu ini?



Memang ramai pihak yang memberi kritikan negatif apabila saya tampil dengan rambut seperti ini. Bagi saya, perkara seperti mewarnakan rambut adalah perbuatan biasa bagi sesiapa sahaja. Saya tidak kisah kalau ada orang mempertikaikan hukum-hakam mengenai pemakaian atau warna tertentu pada rambut ke­rana saya berpegang kepada nawaitu ketika melakukan perkara ini.



Orang lain boleh bercakap sesuka hati apa yang mereka mahu tetapi niat saya, biarlah diri sendiri yang tahu.



Kalau saya melenting dengan segala kritikan tersebut, perkara ini akan menjadi lebih teruk. Jadi, saya ambil langkah berdiam diri dan biarkan sahaja kerana tahu apa yang dibuat.



Saya tidak buat perkara jahat.



Bagaimana pula dengan penerimaan tunang dan keluarga anda?



Sewaktu mula mewarnakan rambut, memang tunang tidak bersetuju, tetapi selepas menjelaskan tujuan sebenar barulah dia memahami keadaan saya. Ternyata dia seorang wanita yang begitu memahami kerjaya saya sebagai seorang penyanyi.



Begitu juga dengan keluarga. Terutamanya ibu, dia membebel dan memarahi saya kerana mewarnakan rambut sebegini rupa. Saya mengaku salah de­ngan perbuatan ini lebih-lebih lagi tanpa memberitahu mereka terlebih dulu, namun lama-kelamaan mereka juga menerima alasan saya berbuat begini.



Baiklah. Beralih kepada cerita anda yang kini kembali bekerjasama dengan Adira bagi lagu Untuk Cinta. Bagaimana perasaan ketika mendapat tahu akan bekerjasama dengan dia?



Pertama kali mendapat tahu pasangan saya untuk lagu itu adalah Adira, saya sangat senang kerana kami sudah pernah bekerjasama banyak kali sebelum ini. Jadi, ia merupakan bonus kerana keserasian sudah lama ada dalam diri masing-masing.



Menolak soal peribadi, ia sudah menjadi lipatan sejarah. Cerita lama menjadi simpanan dan tidak perlu di­ungkit lagi kerana sekarang masing-masing sudah bahagia dengan kehidupan sendiri.



Perasaan janggal memang tiada kerana kami bersikap profesional dalam soal kerjaya. Kami masih muda dalam mengharungi dunia sebagai rakan artis, jadi ti­dak perlu cerita lama dijadikan sebagai halangan untuk terus bekerjasama dalam karier.



Ceritakan sedikit mengenai perkembangan terkini anda?



Pada tahun ini, saya memperlahankan sedikit perjalanan karier nyanyian kerana sedang berusaha me­ngumpul material terbaharu untuk album seterusnya.



Saya kira, tahun ini merupakan tempoh untuk berehat seketika daripada aktiviti seni. Insya-Allah, tahun depan saya akan kembali aktif dengan produk terbaharu.



Berbicara mengenai single Untuk Cinta pula, saya harap penerimaan peminat terhadap lagu itu menggalakkan. Meskipun terkadang risau juga kalau ada pihak yang membanding-bandingkan lagu itu dengan Ombak Rindu, tetapi saya yakin lagu Untuk Cinta mempunyai kekuatan tersendiri. –





- Hafiz Suip: Mewarnakan rambut perkara biasa

SHARING GOOD

0 Comment to "Hafiz Suip: Mewarnakan rambut perkara biasa"

Post a Comment