Tuesday 14 April 2015

Kalki Koec Hlin pernah diperkosa





KALKI Koec hlin mahu nasib mangsa rogol sepertinya terbela.



Pelakon Bollywood, Kalki Koechlin yang terkenal dengan kelantangannya, membuat pengakuan terbuka tentang sejarah hidupnya. Dia mengaku pernah menjadi mangsa rogol ketika berusia sembilan tahun kepada majalah Humans Of Bombay.



Menurut Kalki, pendedahan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya mahu mangsa rogol yang lain turut tampil ke depan.



Bagi masyarakat India, seks menjadi perkara yang sensitif untuk dibincangkan bersama anak-anak. Secara tidak langsung, kanak-kanak dan remaja perempuan yang diperkosa tidak tahu mereka menjadi mangsa kepada jenayah yang berat.






“Saya bercakap tentang hal ini bukan untuk meraih simpati tetapi untuk memberi keyakinan kepada mereka yang mengalami situasi sama supaya berani tampil ke hadapan.



“Pada usia seawal sembilan tahun, saya benarkan diri diperkosa tanpa tahu apa erti sebenar hubungan intim. Saya juga cukup takut untuk memberitahu hal yang sebenar kepada ibu waktu itu,” jelasnya.



Tambahnya, selama bertahun-tahun dia menyimpan rahsia berkenaan kerana meletakkan kesalahan tersebut kepada diri sendiri.



“Amat penting untuk ibu bapa bersifat terbuka berkenaan pendidikan seks supaya kanak-kanak dan remaja boleh bercerita kepada mereka. Secara tidak langsung ia menghentikan penderaan seksual yang berleluasa,” katanya.






- Kalki Koec Hlin pernah diperkosa

SHARING GOOD

0 Comment to "Kalki Koec Hlin pernah diperkosa"

Post a Comment