Friday 10 April 2015

Sering diejek, Abam Bocey sahut cabaran Kevin Zahri





PELAWAK, Abam Bocey, sedia menyahut cabaran daripada perunding kecergasan dan kesihatan, Kevin Zahri sebagai usahanya menurunkan berat badan.



Tambahan pula, kata Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, dia kini sedang berusaha untuk menurunkan berat badannya dengan mengawal pengambilan makanan sejak tiga bulan lalu.



"Saya ada berhubung dengan dia (Kevin Zahri) menerusi Instagram. Saya katakan padanya saya sanggup sahut cabaran itu. Saya bersedia.



"Tapi, saya lakukannya bukanlah kerana kurus semata-mata sebaliknya ia lebih berarah kepada kesihatan. Malah, saya juga mahu stamina yang kuat dan cergas untuk meneruskan kerjaya seni.



"Saya juga sudah mula tidak makan nasi dan mengamalkan pemakanan produk tambahan yang berasaskan protein," katanya kepada Zass.






Kata Abam, tagline 'Gemuk Is Awesome' yang disebutnya ketika memenangi kategori Artis Komedi Lelaki Popular itu mempunyai signifikan yang tersendiri.



"Pada saya ia lebih kepada bentuk memotivasikan diri, bukan saja untuk saya tetapi juga bagi mereka yang berbadan besar di luar sana.



"Saya mahu katakan, orang yang berbadan besar seperti saya ini juga boleh untuk terus maju ke depan. Biasalah, orang gemuk seperti kami ini sering saja diperlekeh dan diejek dengan gelaran nama yang kurang manis.



"Mungkin pada dia (Kevin Zahri), ia memandang dari segi aspek lain terutamanya gaya hidup," katanya sambil menolak untuk melakukan proses menyedut lemak.



Jelas Abam, niat sebenarnya adalah semata-mata untuk memberi semangat kepada semua insan yang mempunyai susuk tubuh besar sepertinya supaya tidak terus mundur dan berputus asa dalam meneruskan kehidupan.



Dalam perkembangan lain, Abam muncul dalam filem Hantu Bungkus Ikat Tepi di pawagam berdekatan mulai semalam.






- Sering diejek, Abam Bocey sahut cabaran Kevin Zahri

SHARING GOOD

0 Comment to "Sering diejek, Abam Bocey sahut cabaran Kevin Zahri"

Post a Comment