Friday 10 April 2015

Jackie Chan bertemu peminat Sabtu ini





SUPERSTAR filem aksi Hollywood Datuk Jackie Chan akan bertemu peminat pada 4.30 petang Sabtu ini, di Bangunan Mahkamah Lama di sini, dan bukannya esok seperti dilapor media hari ini.



Ini disahkan oleh pengarah festival Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2015, Livan Tajang apabila dihubungi Bernama di sini hari ini.



Beliau berkata, Chan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 8.30 malam esok.



Sebelum bertemu peminatnya, pelakon itu akan mengadakan sidang akhbar selama 20 minit, katanya.






"Ini merupakan penampilan rasmi Chan bersama orang ramai kerana beliau bercadang untuk menghabiskan cutinya, menikmati keindahan Kuching," tambah beliau.



Livan juga mengesahkan bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akan tiba pagi Sabtu untuk menyertai personaliti lain, bersama-sama Chan menghadiri malam gala AIFFA pada hari yang sama di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).



Lebih 60 selebriti dari 10 negara Asean bersama-sama perwakilan dari China dan Korea turut dijangka menghadiri malam gala itu.



Katanya majlis penyampaian hadiah akan disiarkan secara langsung di TV2, bermula 9 malam manakala acara karpet merah pula bersiaran di TV1 pada 7.30 hingga 8 malam.






- Jackie Chan bertemu peminat Sabtu ini

SHARING GOOD

0 Comment to "Jackie Chan bertemu peminat Sabtu ini"

Post a Comment