Tuesday, 16 June 2015

Afiq Muiz ke tepi kisah peribadi



BELAJAR daripada pengalaman lalu, aktor Afiq Muiz enggan terlalu mendedahkan kisah peribadinya kepada umum.

Malah berita mengenai hubungan rapatnya bersama pelakon Miera Liyana yang tersebar baru-baru ini dikatakan masih terlalu awal untuk diperkatakan.

“Saya dan Miera sekarang masih berkawan dan pada masa yang sama sedang kenal hati budi masing-masing.

“Setakat ini itu sahaja yang boleh saya kongsikan. Kalau nak cerita lebih-lebih pun tak guna sebab belum tahu apa akan jadi pada masa depan.

“Secara jujurnya saya memang tidak selesa bercerita mengenai peribadi takut akan timbulkan masalah,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.


Tambahnya lagi, dalam usianya yang masih muda, kerjaya dan keluarga diletakkan sebagai perkara utama buat dirinya.

“Apa yang saya lalui sebelum ini sudah cukup beri pengajaran kepada saya. Lagi pun saya masih muda dan banyak lagi perkara yang perlu saya kejar.

“Tapi kalau ditanya sama ada sudah bersedia, memang saya sudah bersedia cuma masanya masih belum tiba lagi,” katanya.

Dalam perkembangan karier lakonan, Afiq memberitahu dia kini sibuk menjalani drama telenovela, Memori Cinta Suraya bersama barisan pelakon seperti Hisham Hamid, Miera Liyana, Marisa Yasmin dan ramai lagi.

“Dalam drama ini saya memegang watak sebagai Megat Haikal di mana dia seorang yang cacat kakinya dan bertongkat.

“Buat masa ini fokus saya ditumpukan kepada drama ini memandangkan ia melibatkan sebanyak 148 episod,” ujarnya.

- Afiq Muiz ke tepi kisah peribadi

SHARING GOOD

0 Comment to "Afiq Muiz ke tepi kisah peribadi"

Post a Comment