"Ramadan al-Mubarak untuk semua umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu," demikian tulis Tyrese Gibson di akaun Istagramnya baru-baru ini.
Tyrese Gibson, 36, antara aktor penting yang menjayakan filem sekuel Fast & Furious dilihat begitu teruja menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.
Gibson dilaporkan sudah memeluk agama Islam sejak awal 2014. Dia mengambil keputusan itu selepas berkunjung ke Dubai.
Difahamkan dia ke sana untuk menghiburkan dirinya selepas kematian Paul Walker. Di Dubai, Gibson sempat bergambar dengan mengenakan serban lengkap jubah berwarna putih. Setelah memeluk Islam, Gibson merasa dirinya seperti manusia yang baru lahir.
Sementara itu menerusi video pendek Deen.com, Gibson dikatakan mendapat hidayah selepas dia menonton sebuah filem pendek yang berjudul ' The Purpose of Life '.
Keputusan Gibson ini disambut baik oleh para peminatnya.
0 Comment to "Aktor Fast & Furious Tyrese Gibson teruja sambut Ramadan"
Post a Comment