Sunday, 21 June 2015

Johan Asari Kongsi Gambar Berdakwah Di India Bersama Teman



Sebelum ini, pelakon Johan As’ari pernah memberitahu bahawa dia akan berkelana di India selama empat bulan bagi mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam di sana dan baru-baru ini, dia sudah pun berkongsi gambar perjalanannya di sana.

“Saya akan menghabiskan masa selama empat (4) bulan di India, sekaligus mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah. Sebenarnya saya telah lama menanam azam untuk ke sana, namun ekoran berdepan dengan tanggungjawab kerja, hasrat itu terpaksa ditangguhkan,” kata Johan sebelum ini.

Semoga pemergian Johan dalam menuntu ilmu kali ini sentiasa dirahmati dan direstui Tuhan malah apa yang dilakukan Johan ketika ini juga turut mendapat sokongan peminatnya di sini.


“Allah permudahkan rezeki apabila saya pasang niat nak sambung belajar. Ia buatkan saya lebih yakin pada setiap janji Allah. Malah, ketiadaan ibu juga buat–kan saya lebih bersemangat untuk jadi anak soleh buat ibu dan ayah,” katanya dipetik daripada Metro Ahad, hari ini.

Selain itu, selepas pulang daripada India nanti, Johan tidak akan berhenti berlakon kerana beranggapan kerjaya itu sebahagian daripada dakwahnya untuk peminat. Semoga baik-baik saja di sana, Johan.

- Johan Asari Kongsi Gambar Berdakwah Di India Bersama Teman

SHARING GOOD

0 Comment to "Johan Asari Kongsi Gambar Berdakwah Di India Bersama Teman"

Post a Comment