Sunday, 21 June 2015

Fida Ibrahim Tidak Mahu Kisah Cinta Disensasikan, Belajar Daripada Pengalaman Lalu



Penyanyi dan juga pelakon, Fida Ibrahim baru-baru ini mengakui sedang mengenali hati budi actor Syah Iskandar sambil menyifatkan lelaki tersebut sebagai satu-satunya jejaka yang paling rapat dengannya setakat ini.


“Sebenarnya kami sudah kenal sejak dua tahun lepas iaitu selepas beberapa kali berlakon dalam siri yang sama. Cuma baru awal tahun ini sahaja kami mula rapat. Namun kami belum ke arah hubungan yang serius setakat ini. Biarlah kami berkawan dahulu,” katanya kepada portal Murai.

Menurut Fida, dia tidak mahu cerita mengenai hubungannya bersama Syah Iskanda disensasikan kerana belajar daripada pengalaman cinta sebelum ini yang berhenti di tengah jalan.

“Setelah beberapa kali gagal dalam percintaan, saya kini serik untuk beritahu dengan siapa saya berkawan kerana takut ianya tidak menjadi. Pun begitu, saya sendiri tidak takut untuk terus mencuba mencari pasangan yang sesuai dan mencuba dalam perhubungan, asalkan ianya dalam batasan,” jelasnya.

- Fida Ibrahim Tidak Mahu Kisah Cinta Disensasikan, Belajar Daripada Pengalaman Lalu

SHARING GOOD

0 Comment to "Fida Ibrahim Tidak Mahu Kisah Cinta Disensasikan, Belajar Daripada Pengalaman Lalu"

Post a Comment