Sunday, 21 June 2015

Najwa Mahiaddin: Suami Sudah Lima Tahun Berpuasa, Minat Dalami Islam



Penyanyi bertaraf antarbangsa, Najwa Mahiaddin menceritakan serba sedikit pengalaman pertama kalinya berpuasa bersama suami tercinta, Idris Koh yang merupakan seorang mualaf. Kata Najwa, suaminya itu tidak cerewet dan senang untuk menguruskannya begitu juga dengan suaminya sendiri yang pernah berpuasa sebelum ini tidak kekok untuk berpuasa di bulan Ramadan pada tahun ini selepas secara sah menjadi umat Islam.

“Suami saya sebelum ini sudah pernah berpuasa dan tahun ini ialah tahun kelima dia berpuasa. Sebelum ini pun dia berpuasa kerana minatnya terhadap agama Islam itu sendiri bukannya sebab mahu berkahwin dengan saya dan pada tahun lepas lagi dia sudah berpuasa,” katanya yang ditemui semasa Majlis Berbuka Puasa anjuran Sony Music Malaysia.

Tambahnya lagi, suaminya itu kebanyakkannya sudah mengetahui selok-belok ajaran agama Islam, selebihnya hanya memperbetulkan apa yang sepatutnya.

“Saya hanya membantu dia kerana dia sudah banyak mengetahui mengenai Islam itu sendiri. Lagipun ini adalah pengalaman pertamanya berbuka, bertarawikh dan bersahur bersama keluarga saya dan itu mungkin berbeza buat dia daripada sebelum ini,” ujarnya.


Dalam pada itu, Najwa memberitahu dalam melayari kehidupannya berumah tangga tidak ada banyak bezanya dengan sebelum ini kerana suaminya memahami dengan kerjayanya sebagai seorang artis malahan suaminya itu sendiri seorang pemuzik.

“Tidak ada banyak beza, suami pun dalam industri muzik yang sama. Masing-masing memahami. Kadang-kadang persembahan banyak saya berkobolarasi bersama dengannya,” katanya.

Sementara itu, Najwa akan mempromosikan album terbarunya berjudul ‘Aurora’ tidak lama lagi kerana dia masih mencari pihak penaja dan tempat yang sesuai untuk mempromosikan albumnya itu.

- Najwa Mahiaddin: Suami Sudah Lima Tahun Berpuasa, Minat Dalami Islam

SHARING GOOD

0 Comment to "Najwa Mahiaddin: Suami Sudah Lima Tahun Berpuasa, Minat Dalami Islam"

Post a Comment