Monday, 13 July 2015

Adam Corrie Saya masih ingat kenangan lapan tahun lalu



LAPAN tahun sudah berlalu. Mengingati kembali tarikh ‘ulang tahunnya’ memeluk agama Islam, Adam Corrie mencoret semula detik itu di laman sosial Facebook.

Adam Corrie atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah, 47, berkata, lapan tahun lalu, dia masih ingat bagaimana hatinya terdetik untuk menjadi manusia yang lebih baik, lantas nekad memohon petunjuk dari ALLAH yang esa.

“... pada waktu sebegini 3:30 pagi pada 13/7/2007 iaitu lapan tahun yang lalu.

“Ketika itu saya belum kembali pada fitrah (belum Islam)... Saya nekad inginkan kehidupan yang lebih baik. Saya telah berdoa pada ALLAH, "Ya ALLAH , sekiranya agama Islam adalah pegangan agama aku hingga mati. Berikanlah aku petujuk"," tulisnya.


Bercerita lanjut, Adam berkata, selepas dia berdoa, akhirnya ALLAH SWT memperkenankan doa itu menerusi mimpi pada pagi harinya.

“Saya dapat petunjuk dalam mimpi dan terjaga ketika azan subuh berkumandang. Paginya saya pergi Perkim mengucapkan dua kalimah syahadah.

“Alhamdulillah ALLAH telah berikan taufik dan hidayah kepada hambaNya yang mencari kebenaran dalam hidupnya,” katanya.

Selepas lapan tahun menganut agama Islam, Adam Corrie kini sering dijemput berkongsi pengalaman dan motivasi sebagai pendakwah kepada saudara baru di Pejabat-pejabat kerajaan, masjid-masjid, badan NGO serta Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah.

Beliau aktif menghadiri pengajian Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin dan sertai kelas Usrah Fitrah yang ditubuh untuk artis-artis Malaysia yang telah berhijrah atau yang ingin menambahkan ilmu agama dan memperbaiki diri.

- Adam Corrie Saya masih ingat kenangan lapan tahun lalu

SHARING GOOD

0 Comment to "Adam Corrie Saya masih ingat kenangan lapan tahun lalu"

Post a Comment