Wednesday, 8 July 2015

Ayda Jebat Resah Jika Gagal Balas Komen Peminat



Pelakon Ayda Jebat berjaya meraih populariti luar biasa kerana sikapnya yang sanggup mencari masa terluang membalas komen-komen peminat di laman sosial meskipun sibuk dengan penggambaran.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 22, berkata, disebabkan perkara itu dia akan menjadi resah apabila berada di kawasan yang tidak boleh mengakses internet atau tiada rangkaian telefon.

"Saya akan menjadi 'gila' jika kawasan yang saya pergi tiada liputan untuk mengakses internet. Buatkan saya tak senang duduk. Saya akan tertekan dibuatnya hanya kerana perkara itu lebih-lebih lagi apabila sudah membaca komen-komen peminat, tetapi belum membalas komen mereka lagi," katanya kepada Artis Meletop.



Ayda Jebat

Tambah Ayda, dia seorang yang begitu peka dan menjaga hati peminat-peminatnya sehingga sanggup mencari waktu untuk membaca setiap komen-komen mereka dan kemudian membalasnya.

Kata pelakon yang popular dengan drama Rindu Awak 200% ini, dia menganggap cara itu adalah yang terbaik bagi membalas jasa peminat-peminat yang menyokongnya.

"Mungkin ada yang menganggap saya tidak baca komen-komen yang diberi di laman sosial Instagram dan Facebook. Tidak... saya seorang artis yang membaca komen peminat tidak kira ia baik atau buruk.

"Kalau mereka sanggup menghabiskan masa dan wang untuk menyokong kita, apa salahnya jika kita menggembirakan mereka. Bagi saya, hanya itu saja cara untuk membalas jasa-jasa mereka," ujarnya.

Menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) lalu, Ayda memenangi Artis Baru Wanita Popular manakala dua anuerah pada Anugerah Meletop Era iaitu Artis Baru Meletop dan Top Top Meletop (wanita).

Dia juga mempunyai lebih 500 ribu pengikut di Instagram.

- Ayda Jebat Resah Jika Gagal Balas Komen Peminat

SHARING GOOD

0 Comment to "Ayda Jebat Resah Jika Gagal Balas Komen Peminat"

Post a Comment