Kejadian huru-hara yang berlaku di Plaza Low Yat pada Sabtu lalu tiada kaitan dengan isu perkauman sebaliknya ia membabitkan kejadian mencuri, demikian kata polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, insiden itu menjadi tidak terkawal apabila tujuh individu lain muncul untuk membalas dendam terhadap pembantu kedai yang menangkap individu didakwa mencuri.
"Ia tiada kaitan dengan sentimen perkauman. Ia adalah antara pelanggan dan pembantu kedai," katanya sambil menambah bahawa orang ramai tidak perlu menyebarkan khabar angin.
Zainuddin berkata seorang lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai di kalangan tujuh orang yang terlibat telah ditahan.
Video kejadian huru-hara itu menjadi viral di laman sosial.
Insiden pada pukul 7.50 malam itu berlaku di sebuah beli-belah popular dengan penjualan gajet dan alatan teknologi.
Terdahulu, pengawal keselamatan pusat beli-belah itu menangkap individu yang disyaki mencuri di sebuah kedai telefon bimbit.
"Dia marah dan memanggil orang lain pergi ke kedai itu," kata Zainuddin kepada pemberita.
Kehadiran kumpulan itu kemudiannya bertindak memecahkan panel kaca serta merosakkan telefon dan produk elektronik lain yang dianggarkan bernilai RM70,000.
0 Comment to "Kekecohan Di Plaza Low Yat Tiada Kaitan Isu Perkauman"
Post a Comment