Friday, 10 July 2015

PAC Akan Panggil Jho Low



Ahli perniagaan Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low akan dipanggil untuk menghadap Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Jho Low adalah penasihat khas kepada Lembaga Pelaburan Terengganu, pemilik terdahulu 1MDB, yang ditubuhkan pada tahun 2009.

"Dia mempunyai kapasiti rasmi dan kami mempunyai soalan-soalan tertentu," kata Ahli Parlimen Pulai itu pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

- PAC Akan Panggil Jho Low

SHARING GOOD

0 Comment to "PAC Akan Panggil Jho Low"

Post a Comment