Monday 3 August 2015

Fouziah Gous shopping barang bayi di oversea


Fouziah dan suami tercinta.

MESKIPUN kandungannya kini sudah mencecah ke usia lima bulan, namun pengacara cantik ini mengakui tidak mahu terlalu terburu-buru membuat persiapan bagi anak yang bakal dilahirkan nanti.

Kata Fouziah Gous, bukan tidak teruja sebaliknya dia masih belum mengetahui jantina bayi dalam kandungannya.

“Buat masa sekarang saya hanya fikirkan kesihatan bayi sahaja. Apa yang saya buat saya akan fikirkan bayi ini dahulu, jika tidak tidak memberi kesan padanya barulah saya akan buat kerja tersebut,” katanya kepada Zass.

Akui pengacara yang sedang popular menerusi program Nona ini, dia bagaimanapun lebih selesa jika membeli barangan bayi di luar negara.


“Sebenarnya barangan bayi yang dijual di sana lebih murah berbanding di Malaysia. Kalau kita lihat barangan bayi yang dijual di sini boleh mencecah ratusan dan ribuan ringgit mengikut jenama tertentu.

“Adakala, baju untuk bayi baru lahir sahaja sudah beratus ringgit,” katanya.

Tetapi kata Fouziah, ini bukan bermakna dia akan ke luar negara semata-mata untuk membeli kelengkapan bagi bayinya itu.

“Sebenarnya saya masih ramai kawan-kawan yang bertugas di sana, jadi saya decide untuk kirimkan kepada mereka sahaja,” jelasnya.

Dalam pada itu, ujar pelakon berusia 32 tahun ini, dia bagaimanapun akan mula membuat persiapan dalam masa terdekat.

“Semuanya masih awal bagi saya, jadi tidak perlu tergesa-gesa. Saya sendiri akan beli sedikit-sedikit mengikut usia kandungan ini.

“Apapun, barang-barang untuk newborn akan saya dahulukan. Rasanya saya lebih selesa membeli pakaian berwarna putih kerana ia sesuai untuk bayi perempuan atau lelaki,” ujarnya telah mendapat hadiah berupa kimono bayi dari kawannya yang telah ke Jepun baru-baru ini.

- Fouziah Gous shopping barang bayi di oversea

SHARING GOOD

0 Comment to "Fouziah Gous shopping barang bayi di oversea"

Post a Comment