Monday 3 August 2015

Lufya Omar Saya masih mencari


JIKA dahulu wanita ini lebih dikenali dalam bidang nyanyian namun ia bukan bererti bidang itu menjadi fokus utamanya kini.

Kata penyanyi yang juga pelakon kelahiran program realiti Akademi Fantasia ini, minat terhadap bidang nyanyian masih ada, namun dia terpaksa melupakannya sebagai kerjaya tetap setelah memilih untuk berhijrah Februari lalu.

“Sebelum ini saya pernah menghasilkan sebuah lagu berunsur nasihat dan dakwah. Jika diizinkan Tuhan, insya-allah saya akan menghasilkan lebih banyak lagu kerana saya kini masih mencari-cari arah arah dan tujuan hidup yang lebih pasti.

“Ada sebab mengapa saya lebih memilih lakonan berbanding nyanyian, tetapi biarlah saya sendiri sahaja yang menyimpannya kerana bimbang menyentuh sensitiviti orang lain.

“Lagipun, jika tersalah cakap, risau juga disalah erti,” katanya pelakon yang dikenali sebagai Lufya Omar ini.


Akui Lufya, meskipun masih ada segelintir pihak yang memintanya untuk membuka tudung untuk watak yang ditawarkan, tetapi dia tidak menyalahkan mereka.

“Mungkin ramai yang belum tahu saya sudah bertudung. Jadi saya terangkan kepada mereka.

“Yang bagusnya, walaupun terpaksa menolak peranan utama ditawarkan, tetapi mereka masih memberikan peranan lain kepada saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, lufya mengakui sehingga kini rezekinya masih berterusan meskipun sudah bertudung.

“Alhamdulillah, ada sahaja tawaran yang diberikan. Sekarang pun saya masih berkira-kira untuk menerima atau tidak sebuah tawaran lakonan.

“Jika semuanya mengikut perkiraan dan syarat yang ditetapkan saya, saya akan terima,” jelasnya sentiasa menjaga batas-batas seorang Muslimah dalam sebarang kerja.

- Lufya Omar Saya masih mencari

SHARING GOOD

0 Comment to "Lufya Omar Saya masih mencari"

Post a Comment