Pernah digosipkan bercinta dengan Sam Bunkfaec dan juga Zizan Razak satu ketika dahulu, Juliana Evans menjelaskan bahawa dia sebenarnya masih belum terfikir soal kahwin selain menolak untuk bercinta dengan pemain bola sepak.
“Tidak timbul isu saya punya teman istimewa dalam kalangan pemain bola sepak. kehadiran saya menyaksikan perlawanan itu hanyalah kebetulan. Saya pun baru dua kali berpeluang menyaksikan perlawanan mereka. Isteri pemain JDT, Safiq Rahim adalah kawan saya”
“Kalau boleh saya elak bercinta dengan pemain bola sepak. Yelah, macam-macam cerita yang kita dengar mengenai mereka. Apa pun saya tidak berani cakap lebih-lebih kerana soal jodoh serahkan kepada Allah SWT,” jelasnya kepada Harian Metro.
Berbicara mengenai pilihan hati begini, teringat kami satu masa dulu, Dato’ Siti pernah menyatakan bahawa dia tidak sukakan lelaki bermisai dan suaminya kini bukan main bermisai lagi. Gurau saja. Apa pun, semoga satu hari nanti Juliana Evans akan berjumpa jodoh yang secocok dan sepadan dengannya.
0 Comment to "Juliana Evans Elak Berkahwin Dengan Pemain Bola Sepak"
Post a Comment