PELAKON dan penyanyi, Linda Rafar menyerahkan borang permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat suaminya, Syed Aiman.
Linda ,37, menyerahkan permohonan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 di pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini.
Dia yang kini hamil tiga bulan itu tiba di mahkamah jam 9.35 pagi ditemani oleh ahli keluarganya.
Syed Aiman Syed Mahmud, 40, dilapor melafazkan cerai terhadap Linda, 37, di hadapan ibu mertua dan adiknya jam 7 pagi di rumah mereka, dekat sini Selasa lalu.
Linda dan Syed Aiman sebelum ini dilaporkan akan ke mahkamah dua hari lalu untuk pengesahan lafaz cerai, namun kelibat kedua-duanya tidak kelihatan.
Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Rafar dan Syed Aiman melangsungkan perkahwinan pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Perkahwinan tersebut merupakan kali kedua pasangan pelakon itu selepas masing- masing bercerai dengan pasangan.
0 Comment to "Linda Rafar hantar borang pengesahan cerai"
Post a Comment