SENTIASA dikelilingi teman Muslim, pelakon Marsha akui agama Islam bukan lagi asing buat dirinya.
Malah, menurut bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim ke tiga ini, situasi itu secara tidak langsung memberi ruang untuk dirinya mempelajari dan mengambil tahu serba sedikit mengenai ajaran Islam.
“Bagi saya tidak salah kalau kita mengambil tahu ajaran agama lain, tambahan pula saya sentiasa dikelilingi sahabat yang beragama Islam.
“Rasanya sesuai juga saya belajar dan mengambil tahu sedikit untuk menghormati mereka sekali gus boleh meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya.
“Setidak-tidaknya saya tahu batas pergaulan dan cara pertuturan saya dengan mereka,” katanya ketika ditemui malam pratonton filem Jwanita di GSC NU Sentral, kelmarin.
Pada masa sama, Marsha turut berkongsi perasaan gembira dengan penghijrahan teman seperjuangannya, Stacy.
“Tahniah kepada Stacy sebab dia berjaya mencari dirinya sendiri dalam keadaan yang aman.
“Sebagai teman, saya menyokong dan memberi galakan kepadanya kalau itu yang membuatkan dia bahagia.
“Saya harap, orang luar tidaklah terlalu memberi tekanan buat dirinya kerana itu haknya untuk memilih jalan yang di tuju,” ujarnya.
Ditanya sama ada dia juga bakal mengikut jejak Stacy memandangkan dia kini sedang bercinta dengan jejaka beragama Islam, Marsha bagaimanapun belum sedia mengulas mengenai hal itu.
“Saya tidak berani nak komen perkara seperti ini yang melibatkan kisah peribadi saya. Lagi pun sebelum ini sudah banyak yang saya lalui sehingga ia menjadi sesuatu yang besar dalam hidup saya,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Marsha bakal muncul dalam lakonan terbaharunya menerusi filem Jwanita karya Osman Ali yang bakal ditayangkan pada 24 September ini.
Selain Marsha yang memegang watak sebagai pembantu rumah iaitu Nona, barisan pelakon lain yang terlibat adalah Maya Karin, Bront Palare, Christina Suzane, dan ramai
0 Comment to "Marsha sedia pelajari Islam"
Post a Comment