Friday, 11 September 2015

Zulin Aziz Kami disuruh kahwin



SEJAK sering bersama tampil di khalayak, pelbagai cerita tidak enak kedengaran mengenai mereka.

Sehinggakan ada yang menyebarkan cerita kononnya pelakon dan pengacara popular ini menggunakan bomoh untuk mendapatkan cinta Ariz Forteen.

Tidak mengambil hati mengenai perkara itu, Zulin Aziz, berkata, dia sedar sebagai selebriti bukan semua yang akan suka dengan sikap terbuka mereka.

“Mungkin kami tidak kisah sering berkongsi gambar atau video bersama di laman sosial.

“Sama ada hubungan kami serius atau tidak, lambat laun orang akan tahu juga.


“Jadi saya serahkannya mengikut keadaan dan masa sahaja,” katanya selesa 'berkawan baik' dengan ahli kumpulan Forteen itu.

Tambah Zulin, dia juga gembira kerana peminat yang mengkritik kini semakin menerima hubungan baik dia dan Ariz.

“Kini, semakin ramai yang mendoakan kami bersama. Malah, di ruangan komen di lama sosial, ada sahaja yang meminta kami berkahwin,” ujarnya sambil ketawa.

Jelas hos program Diva itu, dia juga hairan bagaimana peminat boleh bertukar fikiran.

“Entahlah, kami sendiri masih tertanya-tanya kenapa pula mereka menyokong kami walhal selama ini mereka lebih suka memandang negatif.

“Bagaimanapun, kami gembira kerana mereka akhirnya merestui persahabatan kami,” katanya mengambil positif semua kritikan yang dilemparkan kepadanya.

- Zulin Aziz Kami disuruh kahwin

SHARING GOOD

0 Comment to "Zulin Aziz Kami disuruh kahwin"

Post a Comment