Wednesday, 2 September 2015

Nur Jazlan: Terserah Pada Polis Untuk Ambil Tindakan Terhadap Tun M


Datuk Nur Jazlan Mohamed

Kementerian Dalam Negeri menyerahkan kepada polis sama ada mengambil tindakan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir pada perhimpunan Bersih 4, hujung minggu lepas.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata polis telah diberikan tanggungjawab bagi menangani perhimpunan haram berkenaan.


"Itu merupakan hak beliau untuk berbuat demikian (hadir pada perhimpunan), tetapi kini kami serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat di Pusat Perkhidmatan Modal Insan Ekspatriat Malaysia (Pusat MYXpats) di sini, Selasa.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Pusat MYXpats merupakan pusat sehenti yang akan memproses permohonan dan mengeluarkan semua Pas Penggajian (EP) dan pas-pas berkaitan EP yang lain bagi para ekspatriat yang bekerja di Malaysia.

- Nur Jazlan: Terserah Pada Polis Untuk Ambil Tindakan Terhadap Tun M

SHARING GOOD

0 Comment to "Nur Jazlan: Terserah Pada Polis Untuk Ambil Tindakan Terhadap Tun M"

Post a Comment