Wednesday, 2 September 2015

Penganjur Bersih Akan Saman Jika Dikenakan Kos Pembersihan RM65,000


Pekerja membersihkan jalan selepas perhimpunan Bersih 4.0 diadakan dekat Dataran Merdeka.

Penganjur perhimpunan Bersih 4.0 akan membawa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan ke mahkamah sekiranya mereka dikenakan kos pembersihan sebanyak RM65,000.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, kenyataan kementerian itu amat mengecewakan kerana sukarelawan mereka terpaksa menunggu untuk membersihkan sampah selepas perhimpunan tersebut berakhir pada hujung minggu lalu.

"Jika dia ada di sana, dia akan tahu betapa gigihnya sukarelawan kami bekerja untuk membersihkan," katanya.

Abdul Rahman berkata, Bersih bakal berdepan dengan bil pembersihan itu dan menggesa mereka untuk tidak membelanjakan kesemua RM1.5 juta yang mereka dapat kumpulkan untuk perhimpunan tersebut.

Maria berkata, beliau akan mendapatkan khimat nasihat guaman sekiranya Abdul Rahman mahu mengenakan bil itu kepada mereka.


"Jika dia mahu buat, tiada apa yang saya boleh lakukan. Kita akan dapatkan khidmat nasihat guaman," katanya sambil menambah bahawa ia bermakna perkara berkenaan akan dibawa ke mahkamah.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, Sarajun Hoda Abdul Hassan menafikan jalan-jalan di Kuala Lumpur adalah kotor.

Beliau berkata, organasinya telah berusaha lebih keras bagi memastikan jalan-jalan adalah bersih semasa dan selepas perhimpunan diadakan.

"Kami mempunyai gambar-gambar yang menunjukkan kami telah membersihkan kawasan itu dengan ribuan sukarelawan.

"Anda boleh tanya sesiapa yang sertai perhimpunan bahawa kesemuanya memberikan kerjasama," katanya.

Sarajun berkata, ia bukan kali pertama Bersih 2.0 dikenakan 'bil pembersihan'.

"Mereka pernah hantar bil kepada kami sebelum ini tetapi mereka tidak dapat mempertahankan penyerahan bil mereka. Bila peguam kami menulis kepada mereka, mereka senyap.

"Sebelum kami menamatkan perhimpunan, kami juga telah membuat pengumuman supaya peserta mengutip sampah.

"Saya tak tahu apakah tujuan bil tersebut," katanya.

- Penganjur Bersih Akan Saman Jika Dikenakan Kos Pembersihan RM65,000

SHARING GOOD

0 Comment to "Penganjur Bersih Akan Saman Jika Dikenakan Kos Pembersihan RM65,000"

Post a Comment