Tuesday, 1 September 2015

Penganjur Bersih Bakal Terima Bil Pembersihan RM65,000



Penganjur Bersih 4 bakal berdepan tamparan hebat apabila menerima bil pembersihan sebanyak RM65,000 pada minggu ini, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Saya menggesa Maria Chin (Abdullah) untuk tidak membelanjakan kesemua RM1.5 juta yang mereka kutip untuk perhimpunan tersebut," katanya pada majlis pelancaran program pengasingan sisa pepejal di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini, Selasa.


Beliau berkata bil tersebut bagaimanapun tidak termasuk tuntutan bagi kerosakan harta benda dibawah selian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kami akan serahkan kepada DBKL untuk menghantar bil tersebut kepada Bersih," katanya.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata beliau bersyukur kerana tiada sebarang insiden keganasan berlaku semasa perhimpunan tersebut.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis dan Timbalan Perdana Menteri kerana berjaya mengawal perhimpunan tersebut," katanya.

- Penganjur Bersih Bakal Terima Bil Pembersihan RM65,000

SHARING GOOD

0 Comment to "Penganjur Bersih Bakal Terima Bil Pembersihan RM65,000"

Post a Comment