Wednesday, 2 September 2015

Isteri Tomok mula bertudung


SITI RAHAYU

SEPANJANG cuti Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-58 baru-baru ini, seharian Mizz Lahar berehat di rumah sahaja. Tenang rasa hati kerana berpeluang bercuti tanpa perlu membersihkan bakul baju kotor memandangkan semua susah dicuci sejak Subuh lagi.

Sambil meneguk kopi panas dan menilik gambar-gambar perbarisan sambutan hari merdeka di laman Instagram menerusi telefon pintar Mizz Lahar, tiba-tiba muncul satu gambar wanita yang cantik bertudung hitam di akaun penyanyi terkenal, Tomok. Terkejut Mizz Lahar kerana ingatkan gambar wanita manalah pula yang Tomok muat naik di Instagram.

Rupa-rupanya, wanita itu adalah isteri Tomok sendiri, Siti Rahayu Abbas atau Ayu yang sudah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.


Sehari kemudian, Tomok memuat lagi sekeping gambar terbaharu ibu kepada dua cahaya mata itu. Tulis Tomok, dia sangat gembira dengan perubahan Ayu seiring dengan ulang tahun ke-36 wanita berkenaan.

Sebagai suami, Tomok juga dilihat melahirkan rasa syukur dengan perubahan isterinya itu.

Mizz Lahar: Teringat kisah seorang artis yang pada mulanya berhijab penuh tapi setahun selepas itu, bukan sahaja tudung yang hilang tetapi baju juga seperti tidak cukup kain. Kasihan.



- Isteri Tomok mula bertudung

SHARING GOOD

0 Comment to "Isteri Tomok mula bertudung"

Post a Comment