Tuesday, 1 September 2015

Qi Razali: Percintaan Saya, Nelydia Senrose Masih Baik


Hubungan cinta antara Qi dan Nelydia dikatakan goyah sejak akhir-akhir ini.

Status hubungan pelakon Qi Razali dan kekasihnya Nelydia Senrose yang dikatakan putus adalah tidak benar apabila pemuda itu mengesahkan percintaan mereka masih baik.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 38, berkata, status luahan rasa sedih mereka yang dimuat naik di laman sosial masing-masing tiada kena mengena sama ada hubungan mereka sudah putus ataupun sebaliknya.

"Hahaha... jujurnya kami okey saja. Status di Twitter itu hanyalah kata-kata biasa sahaja. Tiada kaitan dengan hubungan kami.

"Saya harap twit tersebut tidak dispekulasikan," katanya kepada mStar Online melalui mesej WhatsApp pada Selasa.

Beberapa hari lalu, Qi telah memuat naik status menyatakan bahawa situasi yang dihadapi ketika ini adalah sangat menyakitkan, namun dia harus meneruskan kehidupan seperti biasa.



Status yang dimuat naik Nelydia di Instagram baru-baru ini menunjukkan seperti sedang menghadapi masalah cinta.


"We yearn to be understood not because we want control. It is because to feel loved... Miserable... This is never easy. Always the most painful part. But we gotta move on. This is life! (Kita cuba memahami bukan kerana mahu mengawal. Tetapi kerana ingin disayangi. Sangat menyakitkan, tetapi kita perlu teruskan kehidupan)," kata Qi pada akaun Twitter miliknya pada 29 Ogos lalu.

Nelydia juga turut meluahkan perasaannya menerusi kata-kata mutiara yang dimuat naik di akaun Instagramnya pada hari yang sama.

Sementara itu Qi berkata, gosip berkenaan yang turut mendapat perhatian beberapa portal berita dan blog kononnya mereka berpisah tidak memberi kesan kepada mereka berdua.

Katanya, mereka berdua ketika ini meneruskan hidup seperti pasangan lain.

"Kalau fikir balik, takkan setiap status di Twitter kita nak buat penjelasan," katanya.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan penjelasan daripada Nelydia gagal apabila pelakon itu tidak menjawab panggilan telefon.

- Qi Razali: Percintaan Saya, Nelydia Senrose Masih Baik

SHARING GOOD

0 Comment to "Qi Razali: Percintaan Saya, Nelydia Senrose Masih Baik"

Post a Comment