Tuesday, 1 September 2015

Siti Nurhaliza sahkan kehadiran ke Muaythai



PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza dijangka hadir menyaksikan Kejohanan DBKL Kuda Merah International Muaythai Challenge pada 4 dan 5 September ini.

Beliau dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan menyerahkan sendiri tali pinggang kejuaraan tajaan mereka dipertandingkan dalam Kategori Women Title Belt.


Untuk rekod, tali pinggang itu kini berada di Singapura dan dimenangi Angie Wong.

Selain itu, 24 peninju hebat dari dalam dan luar negara akan berkumpul di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dan kesemua mereka bakal beraksi dalam misi merampas dan mempertahankan kejuaraan masing-masing selama dua malam kejohanan.

Untuk info, kepada penonton yang tinggal luar kawasan tidak perlu bimbang untuk hadir kerana penganjur mencetak tambahan tiket untuk dijual semasa hari pertandingan berlangsung nanti.

- Siti Nurhaliza sahkan kehadiran ke Muaythai

SHARING GOOD

0 Comment to "Siti Nurhaliza sahkan kehadiran ke Muaythai"

Post a Comment