Sunday 15 November 2015

Awie Fobia Belon



BELON - Sebenarnya, saya cukup menghormati dan segan (fobia) dengan belon (ketawa). Jadi, saya akan menjauhkan diri daripada belon tidak kira di mana-mana.

KEJAYAAN Konsert 30 Tahun Wings di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada penghujung bulan lepas masih segar dalam kalangan peminat band otai tersebut.

Berjaya menghimpunkan lebih 25,000 peminat ‘Sayap-Sayap Wings’ dari seluruh negara, vokalis Wings, Awie menzahirkan jutaan terima kasih terhadap mereka yang berdiri teguh di belakang band tersebut sejak 1985.

Sengaja ditebak pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 47, mengenai resipi Wings berterusan membuai perasaan peminat selama tiga dasawarsa mewarnai dunia seni, ini jawapan Awie.

“Suatu ketika dahulu, peminat hanya berpeluang bertemu artis kesayangan di pusat beli-belah dan tapak pesta ria (fun fair), sementara sekarang lebih kepada pengaruh media sosial.

“Jadi, kami lebih suka kembali semula ke konsep asal memandangkan kami percaya bertemu peminat itu lebih afdal. Bukan apa, kami perhatikan peminat lebih menghargai jika kami turun padang.

“Ini semua atas daya usaha Wings bersama kru sepasukan termasuk menjalankan promosi menggunakan motosikal berkuasa tinggi ke seluruh negara sebelum itu,” katanya kepada Sensasi Bintang.


Menurut Awie, ini merupakan kejayaan terbesar Wings tatkala mengadakan persembahan konsert seperti ini.

“Sebelum ini, konsert kami di Stadium Negara pernah menghimpunkan lebih 15,000 peminat. Cuma, kehadiran penonton terbesar berjaya dilakukan pada ekspo di Port Dickson yang berjaya menghimpunkan lebih 68,000 penonton sekitar 1987,” ujarnya.

Awie juga tidak menganggap kekerapan Wings mengadakan konsert berskala besar seperti ini menyebabkan nilai eksklusif band itu pudar sama sekali.

“Kerja kami memang untuk menghiburkan orang, jika tidak kami hendak makan apa?

“Ini bukan soal eksklusif ataupun tidak, asalkan peminat masih menghargai kami ia memang sesuatu yang cukup istimewa,” jelasnya.

Tidak hairanlah takwim Wings sudah dipenuhi projek-projek tertentu sepanjang tahun depan.

“Lokasi sudah ada, cuma segala-galanya masih di peringkat perbincangan. Kami juga bercadang untuk menakluk pentas teater tahun depan.

“Kumpulan Wings bukan sekadar band rock, sebaliknya mahu menjadikan kumpulan ini sebagai satu rujukan dan bukan sekadar monotanous.

“Kami sudah buat macam-macam. Antaranya rockestra, rock tradisional, unplugged dan lain-lain lagi.

“Jadi, kami perlu tampil dengan idea yang lebih baharu dan segar bagi mengelakkan penonton bosan,” ceritanya lagi.

- Awie Fobia Belon

SHARING GOOD

0 Comment to "Awie Fobia Belon"

Post a Comment