Monday 16 November 2015

Jurey kesal tuduhan Freddie



PRESIDEN Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG), Datuk Jurey Latiff Rosli meluahkan rasa kesal diatas kenyataan yang dikeluarkan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berhubung peranan CCIG.

Menurut Jurey, Freddie sepatutnya memahami fungsi dan peranan CCIG sebelum menilai dan mengeluarkan komen mengenai persatuan itu kepada media.

“Karyawan menuduh proses penilaian CCIG gagal menepati piawaian bertaraf antarabangsa yang digunakan oleh produksi luar dan ia tuduhan tidak berasas memandangkan urusan pengambilan pekerja adalah berkonsepkan ‘supply and demand’ dan CCIG bukanlah ejen untuk setiap ahlinya mendapat pekerjaan.

“CCIG menyediakan pengkalan data bagi setiap ahli bagi memudahkan pelabur atau sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat penggiat industri tetapi pemilihan terletak kepada pihak yang menawarkan pekerjaan itu, bukan pihak kami,” ujarnya.


Tambah Jurey, Freddie juga menuduh CCIG memberi akreditasi kepada rakan-rakan dan meminta Freddie tampil dengan bukti kukuh.

“Saya mahu dia beri nama-nama yang dimaksudkan dan minta juga dia senaraikan nama-nama ahli bertauliah CCIG yang dikatakan tidak diiktiraf dan ditolak pihak antarabangsa.

“Ia memudahkan kami menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam pada itu, Jurey berkata, Freddie sebagai Ahli Jawatankuasa Puspal (Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara) sepatutnya dapat mencadangkan kepada kerajaan untuk menambah jumlah peratusan kemasukan karyawan luar yang memberi keuntungan dan kebaikan kepada industri.

“Sebelum dia kata CCIG tidak berfungsi, adakah dia yang berada di dalam badan kerajaan menjalankan tugasnya dengan baik?” akhiri Jurey.

- Jurey kesal tuduhan Freddie

SHARING GOOD

0 Comment to "Jurey kesal tuduhan Freddie"

Post a Comment