Sunday 15 November 2015

Lovelyz Jadi Perhatian Kerana Beat It


Persembahan kumpulan Lovelyz menerusi lagu Beat It nyanyian asal Michael Jackson mendapat perhatian antarabangsa.

KUMPULAN Lovelyz berjaya mendapat perhatian daripada media antarabangsa selepas persembahan mereka menerusi lagu Michael Jackson berjudul Beat It.

Allkpop melaporkan Lovelyz muncul dalam program Sketchbook dua minggu lalu ketika mendendangkan lagu berkenaan sebelum persembahan itu menjadi viral di seluruh dunia.


Malah persembahan itu turut mendapat liputan saluran FOX 32 di Amerika Syarikat yang kagum dengan kebolehan mereka mendendangkan lagu tersebut dengan baik tanpa meniru Michael.

Blogger terkenal Melody Mendez dan Perez Hilton turut memuji Lovelyz dalam artikel mereka.

- Lovelyz Jadi Perhatian Kerana Beat It

SHARING GOOD

0 Comment to "Lovelyz Jadi Perhatian Kerana Beat It"

Post a Comment