Monday, 14 December 2015

Kim Kardashian sertai kerja amal


SELEBRITI Kim Kardashian menyumbangkan 1000 pasang kasut miliknya kepada mangsa taufan Katrina.

Menurut laporan Daily Mail, Kardashian terpanggil untuk memberi sumbangan itu apabila mendengar seorang wanita yang memerlukan 1000 pasang kasut untuk disalurkan kepada organisasi amal Soles 4 Souls.


“Sambil menyusukan anak kedua, saya menonton program Dish Nation dan ketika itulah saya melihat wawancara seorang wanita yang memerlukan sumbangan itu.

“Saya meminta mengikut di Instagram untuk mencari wanita tersebut dan mahu sumbangkan kasut-kasut saya kepadanya,” katanya.

Seperti yang diketahui, Kardashian adalah antara selebriti yang memiliki koleksi kasut yang banyak dan mungkin ini salah satu usahanya untuk terlibat dalam misi amal.

- Kim Kardashian sertai kerja amal

SHARING GOOD

0 Comment to "Kim Kardashian sertai kerja amal"

Post a Comment