Madonna
PENYANYI terkemuka, Madonna dikatakan memilih menaiki pesawat peribadi dari Birmingham ke London, England biarpun jarak perjalanan hanya sekitar 190 kilometer baru-baru ini.
Pelantun lagu hit Hung Up itu dilaporkan sanggup membelanjakan £10,000 (RM63,963) untuk penerbangan yang mengambil masa selama 25 minit sahaja daripada terpaksa melalui jalan darat yang dianggarkan sekitar dua jam.
Tindakan penyanyi berusia 57 tahun itu dikatakan seolah-olah tidak menggambarkan status dirinya yang terkenal sebagai seorang aktivis alam sekitar.
Ini kerana, perjalanannya dengan menaiki pesawat menyumbang kepada pelepas 2.91 tan gas karbon berbanding dengan sebuah limosin yang hanya menghasilkan 0.08 tan karbon sahaja ke udara.
0 Comment to "Madonna bayar £10,000 naik jet peribadi"
Post a Comment