Penerbit filem Raja Azmi sengaja tidak terlalu menonjolkan diri dalam dunia hiburan sejak akhir-akhir ini kerana enggan lagi menjadi perhatian umum.
Raja Azmi, 56, berkata, ia disebabkan bagi mengelak isu-isu yang tidak diingini berbangkit sehingga menjadi bualan orang ramai, sekali gus menampakkan dirinya seolah-olah sengaja mahu mencari kontroversi.
"Memang saya sengaja nak low profile. Saya nak elakkan apa-apa isu yang berbangkit.
"Selain beristirehat, saya cuba perbaiki diri mendekatkan jiwa kepada Allah," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Raja Azmi, dia kini perlahan-lahan kembali aktif dalam dunia seni dengan cuba melibatkan diri dalam dunia lakonan pula.
Raja Azmi dan Syatilla terlibat dengan drama Sha dan Shah terbitan Mangkin Prestij.
Dia juga sedang menjalani penggambaran drama Sha & Shah, bergandingan bersama Kamal Adli dan Syatilla Melvin, terbitan Mangkin Prestij, yang merupakan anak syarikat Metrowealth International Group (MIG).
"Saya berlakon pun kerana sudah malas nak menerbit filem lebih-lebih lagi cabarannya sangat besar.
"Selepas ditawarkan oleh David Teo, saya fikir, apa salahnya untuk cuba benda baru.
"Alhamdulillah, rasa seronok pula. Malah saya juga sudah bersedia untuk menerima segala pandangan dan kritikan terhadap lakonan saya ," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Raja Azmi juga bakal melancarkan novel terbaharu nukilannya iaitu Kasih Kekasih pada awal tahun depan.
Malah penerbit itu juga akan bekerjasama dengan syarikat kecantikan DHerbs bagi menghasilkan produk muka menggunakan jenamanya sendiri iaitu 'Kak Mi Cun Terlajak Muda'.
"Sebenarnya masker itu merupakan resipi sendiri yang diamalkan sejak dahulu lagi iaitu menggunakan beras, kunyit, daun pandan dan daun asam jawa.
"Setakat ini perbincangan bersama pihak DHerbs nampaknya menunjukkan kata positif. Pihak mereka akan mengedarkan produk tersebut.
"Alahamdulillah, saya lihat tahun 2016 adalah tahun yang sangat sibuk buat saya." tuturnya.
0 Comment to "Raja Azmi Jadi Pelakon, Cuba Elak Kontroversi"
Post a Comment