Thursday, 11 February 2016

Noh Salleh Bimbang Keluarga Angkat Hadapi Banjir


Noh Salleh dan isterinya Mizz Nina baharu sahaja pulang dari melawat keluarga angkat mereka itu.

Penyanyi Noh Salleh menzahirkan rasa bimbang terhadap keselamatan keluarga angkatnya di Kampung Nombor 4, Kuching, Sarawak selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat.

Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 32, berkata, dia dan isterinya Mizz Nina, 36, baharu sahaja pulang melawat keluarga angkatnya itu sebelum kampung tersebut dinaiki air pada Isnin lalu.

"Saya dan isteri baru sahaja pulang daripada melawat mereka Isnin lalu dan memang hujan lebat sepanjang kami berada di sana sejak Jumaat lepas.

"Ketika kami sampai Kuala Lumpur pada pagi Isnin itu, kami diberitahu bahawa kawasan kampung itu sudah pun dinaiki air dan sekarang sudah sampai ke paras lutut," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.



Rumah keluarga angkat Noh di Kuching, Sarawak.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas tentang foto yang dimuat naik di Instagram miliknya mengenai keadaan rumah keluarga angkatnya yang mula dinaiki air akibat banjir.

Bagaimanapun Noh berkata, keluarga angkatnya kini berada dalam keadaan selamat.

Tambah Noh, kejadian banjir sering berlaku di kawasan itu dan sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk untuk menyediakan langkah keselamatan awal.

"Banjir memang perkara biasa bagi penduduk di sana dan paling teruk ketika tahun 2012 apabila air cecah paras pinggang. Penduduk kawasan itu selalunya tidak berpindah ke kawasan lebih tinggi.

"Mereka akan terus duduk di rumah masing-masing kerana banjir di sana tidak bahaya seperti di Kelantan," ujarnya.

Tambah Noh, kebiasaanya ketika banjir melanda, mereka lebih berhati-hati dengan binatang liar seperti ular dan buaya yang sering timbul di permukaan.

- Noh Salleh Bimbang Keluarga Angkat Hadapi Banjir

SHARING GOOD

0 Comment to "Noh Salleh Bimbang Keluarga Angkat Hadapi Banjir"

Post a Comment