Monday, 23 March 2015

Ayda Jebat Akui Sedih Tewas Dalam DFKL 2015





Pelakon Drama Rindu Awak 200%, Ayda Jebat mengakui bahawa dia berasa sedih kerana tidak memenangi anugerah Pelakon Wanita Drama Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015. (DFKL2015). Bagaimanapun kesedihannya terubat apabila drama lakonannya berjaya menggodol Anugerah Utama pada malam tersebut menerusi ‘Drama Pilihan’ serta menjadi Juara keseluruhan DFKL 2015.



“Sedih sebenarnya tapi semua ada potensi untuk menang. Bagi saya mungkin malam ini bukan rezeki tetapi mungkin di hari lain. Sama juga seperti sebelum ini yang sebenarnya saya tak sepatutnya berlakon dalam drama Rindu Awak 200%. Jadi jangan putus asa tetapi dalam masa yang sama saya gembira kerana drama Rindu Awak 200% dijulang untuk kategori utama pada malam ini,” katanya.






Manakala untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) Ayda Jebat turut tercalon dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular dan dia ternyata tidak meletakkan sebarang harapan kerana baginya persaingan begitu sengit dan ternyata artis yang turut sama bertanding mempunyai peluang dan kekuatan mereka sendiri.



“Saya akan bagi 20% untuk itu kerana sebab banyak kriteria yang dilihat dan yang pernah menang dalam mana-mana anugerah sebelum ini pun tak semestinya akan menang lagi secara berterusan. Bagi pemenang untuk mana-mana anugerah mereka perlu lebih berusaha sebab kita membawa harapan peminat-peminat kita,” tambahnya lagi.





- Ayda Jebat Akui Sedih Tewas Dalam DFKL 2015

SHARING GOOD

0 Comment to "Ayda Jebat Akui Sedih Tewas Dalam DFKL 2015"

Post a Comment