Pelakon jelita Nur Fathia, menjelaskan bahawa dia bersedia untuk dikritik selepas mengambil keputusan untuk membuat persembahan nyanyian bersama kekasihnya, Aiman Hakim di malam kemuncak Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 (DFKL 2015).
“Ini percubaan pertama saya di khalayak ramai yang disaksikan oleh berjuta orang. Saya tak kisah dan tahu orang akan bercakap macam-macam. Jadi saya hanya mahu untuk memberikan cabaran untuk diri saya kerana saya mempunyai masalah ‘stage fright’ yang agak tinggi dan ini adalah peluangnya”
“Saya tak pernah kisah komen orang pun sebelum ini, jadi terpulanglah pada diri masing-masing untuk memberikan kenyataan positif atau negatif,” ujarnya sambil mengakui sedikit berdebar dan hanya ala kadar berlatih menyanyi Fathia menganggap ini cubaan pertamanya untuk terjun ke dunia nyanyian sekiranya diberikan peluang.
Pada malam tersebut, Fathia telah berduet bersama kekasih hatinya Aiman Hakim menerusi lagu berjudul ‘Kisah Kita’ nyanyian asal Sabhi Saddi dan Nieyl. Lagu tersebut juga merupakan OST untuk drama terbaru Fathia berjudul ‘Bencinta’ yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.
“Secara jujurnya saya berlatih secara biasa sahaja dan buat pertama kalinya saya begitu berdebar sekali. Saya memang suka menyanyi dari dulu lagi. Sebelum menyanyi pun ada mereka bertanyakan pada saya sekiranya saya mahu untuk merekodkan lagu terlebih dahulu dan menyanyi begitu sahaja di atas pentas”
“Tetapi saya cakap saya mahu menyanyi secara ‘live’ barulah tidak nampak bosan lagipun saya memang ingin mencabar keupayaan diri saya sendiri. Ianya mencabar apabila saya tidak mempunyai langsung asas dalam nyanyian dan Alhamdulillah saya telah melakukannya dengan baik.
Kalau ada peluang saya akan kelas vokal sebelum saya serius atau aktif dalam bidang nyanyian. Sebenarnya masih keliru dengan bakat nyanyian cuma saya memang minat menyanyi dan membuat persembahan,” tambahnya.
- Menyanyi Pada Malam DFKL 2015, Nur Fathia LAtiff Sedia Dikritik
0 Comment to "Menyanyi Pada Malam DFKL 2015, Nur Fathia LAtiff Sedia Dikritik"
Post a Comment