Friday 10 April 2015

Tom Cruise setahun tidak jumpa anak



TOM CRUISE dan anaknya, Suri Cruise



Bekas isteri Tom Cruise, Katie Holmes mendakwa, bintang filem Mission Impossible yang juga bekas suaminya itu sudah tidak menjadi sebahagian daripada kehidupan anak perempuan mereka, Suri Cruise yang berusia lapan tahun.



Sejak beberapa bulan lepas, Cruise yang sibuk dengan penggambaran sekuel kelima Mission Impossible tidak mempunyai masa untuk Suri dan sudah setahun tidak menemui anaknya itu.






Sebaik sahaja tamat penggambaran Mission Impossible 5 nanti, jadual kerja masih tidak mengizinkannya bertemu Suri apabila terikat kontrak sebuah lagi filem berjudul Mena yang menuntut Cruise menghabiskan masa 90 hari di lokasi penggambaran.



Hubungan antara Cruise dan Holmes juga tidak begitu baik selepas bercerai pada 2012 sehingga sampai ke satu tahap mereka langsung tidak bertegur sapa.



Jurucakap Cruise bagaimanapun menafikan tuduhan Holmes dan memberitahu bahawa pelakon itu sentiasa meluangkan masa bertemu Suri secara tertutup.






- Tom Cruise setahun tidak jumpa anak

SHARING GOOD

0 Comment to "Tom Cruise setahun tidak jumpa anak"

Post a Comment